Hari ini aku berbual dengan anak keduaku lewat sarapan pagi. Semalam, bersama anak sulongku. Dua anak ini sangat berbeza karakternya, walaupun beza umur keduanya tak sampaipun setahun! Keduanya tak punya minat yang sama malah langsung tak punya ciri-ciri saudara. Kaya betul Yang Punya Kuasa!
Sebagai ibu moden di zaman serba hi tec ini, aku mengaku sering kalah dengan kerenah keduanya. Apa tidaknya, hari ini langsung tak sama dengan zaman kita waktu kecil dulu. Cara emak kita mendidik kita, cara kita mendapat pendidikan di sekolah, semuanya berbeza. Subjek-subjek yang diajar di sekolahpun terlalu advanced.
Anak keduaku ini, sangat halus sifatnya. Sensitif, artistik, sangat sopan dan manis orangnya. Tapi apa yang sangat merisaukan sikapnya yang tak pernah acuh dalam hidupnya. Tak pernah serius. Kata emak, agaknya mewarisi sifatku waktu kecil dulu. Berbanding si sulong. Selalu tahu apa yang diingini. Kata iparku, si sulong mewarisi sikap bapanya. Adilkan?
Aku cuba menyelami hati anak-anak, cuba menjadi teman yang sebaya yang memahami apa yang berlaku. Aku sentiasa jadikan pengalamanku sebagai remaja dulu sebagai panduan dalam menangani masalah mereka. Mungkin cara kita dulu berbeza dengan mereka tetapi aku cuba adaptasikan setiap pengalaman itu supaya mereka mendapat gambaran apa yang perlu mereka lakukan kelak.
Menjadi seorang ibu padaku adalah tugas yang yang sangat berat. Kita bukan saja menjadi ibu, tukang masak, pemandu mereka ke sekolah atau tempat rekreasi tetapi sekaligus menjadi sahabat baik mereka. Mendengar pendapat mereka sebagai teman yang memahami sekaligus sebagai ibu yang mengerti luahan hati mereka, sangat sukar sebenarnya.
Peranan kita sebagai ibu dan bapa bukan setakat memberi makan yang cukup dan tempat tinggal yang sesuai tetapi apa yang lebih penting ialah bagaimana kita mendidik mereka menjadi individu yang lebih berkarakter teguh, sabar penuh keyakinan diri dan dapat mengawal kehidupan apabila mereka dewasa kelak.
Alhamdulillah setakat ini anak-anak punyai sikap positif, amat matang dalam usia yang masih muda dan penyokong setiaku dalam apa jua keputusan yang aku buat. Kami punya ikatan yang sangat kuat kerana aku sentiasa cuba menjadi teman mereka dan mengambil berat setiap pendapat mereka seolah-olah aku sebaya dengan mereka. Mungkin caraku berbeza dengan orang lain, mungkin aku salah, tetapi bukankah setiap langkah yang kita ambil adalah berdasarkan pemerhatian kita terhadap sekeliling kita dan kita perlu menghormati pendapat orang lain samada dia seorang kecil atau dewasa kerana dengan cara itu barulah kita dihomati?
Aku masih belajar lagi menjadi ibu yang berjaya, kerana perjalanan ini terlalu jauh lagi. Masih banyak lagi peringkat yang perlu dilalui. Hari ini mereka menerima keputusan peperiksaan sekolah menengah, esok ijazah di universiti, mungkin sepuluh tahun lagi membawa pulang bakal menantu untukku. Ya, siapa tahu rencana yang punya kuasa?
Wallahuallam.
manusia perlukan kekuatan mental dalam mengharungi hidup ini. perjalanan menuju bahagia memerlukan pengorbanan yang tiada taranya..
October 16, 2009
October 14, 2009
Berapa Syarat Dalam Perhubungan?
Hari ini aku tergerak nak membicarakan soal perhubungan. Antara suami, isteri, teman. Agaknya berapa syarat nak membina sebuah perhubungan itu, atau sebenarnya ia tak bersyarat?
Selalu aku berfikir dua kali atau mungkin berkali-kali sebelum aku membuat sesuatu kesimpulan ataupun sebelum aku mengeluarkan pendapat. Mungkin aku bukan orang penting, malah bukan juga berijazah, tapi aku percaya setiap individu itu berpelajaran atau tidak, pasti punya perasaan atau gerak hati berlandaskan pemikiran dan pemerhatian yang waras. Pengalaman mengajar kita erti hidup sebab pengalaman itulah pelajaran dalam universiti kehidupan!
Honesty and sincerity is a must atau jujur dan keikhlasan itu sesuatu yang harus. Jujur tu apa? Jujur itu padaku ialah ketelusan. Manakala ikhlas pula ialah bersihnya hati dalam setiap menerima atau membuat keputusan. Setiap perhubungan perlukan kejujuran dan keikhlasan, kalau nampak jujur tapi tak ikhlas, buat apa?Jujur dalam setiap perhubungan itu penting. Ikhlas menyayangi dan menghormati seseorang yang lain itu akan memelihara setiap perhubungan sampai ke akhir hayat. Itu jujur dalam perkahwinan. Apabila sesebuah perkahwinan itu tidak berlandaskan kejujuran dan keikhlasan, agaknya setakat manakah perhubungan itu bertahan? Perkahwinan atas dasar cinta tak semestinya bertahan sekiranya tiada kesabaran.
Sabar pula apa? Sabar itu bermakna kita dapat mengawal sesuatu keadaan dengan fikiran yang waras, membuat pemerhatian dan kesimpulan dengan lebih bijak, tidak terburu-buru. Walau dalam keadaan kritikal sekalipun sekiranya kita sabar dan bertolak ansur, kita pasti berjaya mengharunginya. Sabar terletak pada hati. Manakala hati mesti kuat untuk menjadi sabar. Sukar bukan?
Cinta. Apa agaknya cinta? Cinta pada pendapat peribadiku sangat 'universal'. Kita perlu ada cinta untuk menjana sesuatu perhubungan, tidak kira samada cinta kepada Tuhan, pasangan, ibubapa, keluarga ataupun persekitaran.
Aku pernah terbaca bahawa cinta pertama itu agung. Entah! seingat aku, cinta pertamaku semasa aku baru mula 'puberty.' Tapi bagi aku itu cinta monyet, puppy love. Tak ada maknanya. Cinta pertama itu ada pelbagai. Cinta antara dua anak remaja yang lebih berdasarkan rembesan hormon awal remaja. Ada yang jatuh cinta pada kawan sekelas, rakan sebaya atau kepada sang guru di sekolah. Bila hati mula berdetik, gugup, tidak tentu arah, itukah yang dinamakan cinta? Maaf, itu pendapatku. Siapa yang tidak pernah mengalami cinta? Penilaian sesorang individu mengenai cinta amat berbeza. Kadang-kadang ada yang mengatakan nafsu itu cinta. Tafsiran itu yang terkadang tersasar dari landasan moral. Complicated.
Bagiku Cintaku yang satu ini, iaitu cinta selepas aku bernikah. Lelaki ini yang sentiasa mendapat tempat di hatiku, walaupun bukan yang pertama, tapi dialah yang sentiasa aku cinta. Setiap perhubungan itu ada 'ups and downs' nya, siapa kata setiap perkara itu senang? Nak makan pun susah, apa lagi sesebuah perhubungan itu. Terus terang, aku juga sama seperti pasangan lain, punya kelemahan, tapi Alhamdulillah, setakat ini kami berjaya mengatasinya.
Pada pendapatku, cinta itu perlukan kesungguhan, ketabahan, pengorbanan yang tak berbelah bahagi dan kesabaran yang tinggi. Kita perlu belajar mencintai barulah kita boleh bahagia dan menghargai. Semua perhubungan itu pada pendapatku sama bentuknya, yang membezakannya hanyalah senario dan suasananya.
Pernah satu ketika dulu, seorang teman mengingatkan aku, bahawa seseorang itu perlu senang memaafkan, barulah sesebuah perhubungan itu akan berjaya. Satu lagi syarat? Aku setuju. Tidak ada seorang pun yang punya pendapat yang sama, tapi kita pasti ketemu jalan yang sama kiranya kita berusaha kearah itu. Setiap perbalahan sama ada kecil atau besar, pasti ada jalan penyelesaiannya. Bukan jalan mudah, tapi kiranya kita cuba menerima sesuatu seadanya dan dapat memaafkan seseorang itu, pasti hati kita rasa lebih lega. Tak begitu?
Kesimpulannya? Berapa syarat untuk bahagia? Atau tak bersyarat? Tepuk dada!

October 13, 2009
Kawan, semoga kau aman disisiNya
Setiap yang hidup pasti akan mati. Itu bukan sekadar ungkapan tapi realiti yang mesti ditempuhi semua insan.
Ramadhan yang lalu, kami menangisi pemergian seorang kenalan yang pergi tanpa tanda yang pasti. Aku bukan hipokrit tapi sebagai seorang yang pernah mengenalinya tak ada salahnya kalau aku turut merasa sedih atas pemergiannya. Mungkin pernah satu ketika dulu, dia pernah menyakiti perasaanku, tapi itu dulu. Dulu, waktu kita masih muda dan penuh dengan amarah. Masa telahpun sedikit sebanyak menelan segala rasa pahit dan luka. Sebenarnya sudah lama aku melupakan dia tapi bila suamiku mengkhabarkan berita tentang kematiannya ingatan yang telah lama ku buang jauh datang kembali. Kadang-kadang diam itu lebih baik, aku tak berminat nak mengingat kembali kisah silam antara kami, cukuplah.
Kepada isteri dan anak-anaknya, aku turut simpati. Yang pergi, biarkan pergi, kita yang masih hidup teruskanlah hidup dengan penuh keinsafan.
Berhari-hari aku cuba melupakan peristiwa dan kenangan sewaktu dia masih hidup, akhirnya aku pasrah. Dia patut pergi dengan aman tanpa ada rasa kesal terselit di hati seorang teman sepertiku. Kepada Allah, aku panjatkan fatiha semoga rohnya aman disisi yang memiliki.

Semalam, Hari ini, Esok
Hari ni, hari terakhir anak sulongku menjawab kertas PMRnya. Diam tak diam dah enam belas tahun aku berkeluarga. Anak-anak pun dah besar panjang, uban pun dah makin banyak tapi sayangnya diri tak pernah ingat dah tua.
Anak sulongku dahpun lima belas tahun umurnya, waktu kritikal pada pendapat peribadiku.. Remaja yang memerlukan kasihsayang di luar kelompok keluarga sendiri. Walaupun selalunya ada saja yang tak berkenan di mataku, aku sedar, aku kena menerima hakikat, bahawa seorang anak itu adalah seorang individu yang berdiri dengan kekuatan mental dan fizikal sendiri tetapi ibubapa sekadar membimbing dan memberi pendapat.
Pendapat anak-anak tidak pernah selaras dengan pendapat ibubapa. Tetapi kita sebagai ibubapa sekurang-kurangnya mengambil sikap bertolak ansur dan cuba mengerti apa yang dirasai oleh anak-anak supaya mereka sekurang-kurangnya merasai dihargai. Cuba kita renungkan kembali apa yang kita rasa waktu zaman kita remaja dulu. Seingat aku waktu aku berusia lima belas tahun, itu waktu yang paling membahagiakan. Aku punya pendapat sendiri, mencuba semua aktiviti, dan sentiasa berlagak dewasa...hahaha. Semasa usia inilah aku kenal erti cinta, diminati rakan sebaya dan macam-macam lagi. Apa yang bahagianya waktu itu ialah, kedua orang tuaku memberikan aku kebebasan berfikir tetapi sentiasa diperhati agar aku tidak tersasar dengan keputusanku. Aku bersyukur punya ibubapa dan datuk nenek yang amat memahami walaupun mereka agak konservatif!
Ironiknya pula, bila kita menjadi ibubapa, kita seolah tidak sedar bahawa anak kita juga punya pendapat dan perasaan yang sama seperti kita remaja dulu. Lucu bukan? Kita pula seolah mengawal cara anak-anak berfikir, tidak membenarkan mereka berfikir sendiri. Berfikir di luar kotak! Itu yang jadi kepadaku, padahal zaman dulu tidak sama seperti sekarang yang hi-tec dan sangat berbeza dengan waktu dulu.
Alhamdulillah, bagaimanapun aku fikir kita setiap ibubapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak, kerana mungkin kita tidak mahu mereka mengulangi kesilapan kita dulu. Jadikan pengalaman kita sewaktu remaja dulu dan perjalanan menuju alam dewasa dalam mendidik putera-puteri kita. Menjadi ibubapa adalah anugerah yang paling berharga dalam kehidupan kita.
Aku? Kalaulah boleh aku putar kembali waktu yang berlalu, teringin rasanya kembali ke usia remaja, waktu mula 'puberty'. Saat mula kenal sayang, cinta, apa lagi? Ya, semua yang dialami orang dewasa, memperbetulkan kesilapan yang pernah berlaku, lebih menghargai pendapat orang tua, lebih berhati-hati dan mengikut buah fikiran yang betul. Tapi sayang ya, siapalah kita nak kembali ke zaman silam? Yang berlalu tidak mungkin kembali lagi..
Apapun aku bersyukur seadanya kerana yang di depan mata inilah yang lebih memerlukan bimbingan daripada aku yang berpengalaman!

Subscribe to:
Posts (Atom)