Dua tahun kebelakangan ini aku mengaku agak tenang dalam menghadapi kehidupan dan soal hati. Walaupun kadang-kadang agak payah dan tertekan tapi alhamdulillah aku berjaya mengatasinya. Syukur kepada yang maha kuasa.
Aku bukan hipokrit tapi kadangkala ada sesuatu yang terpaksa disimpan atau dirahsiakan agar tak menyakiti sesiapa! Berat hati hendak meluahkan perasaan ini, apatah lagi melibatkan banyak hati.
Sebenarnya dalam banyak hal yang terjadi aku mengaku aku lah yang mencetuskan satu-satu masalah itu. Mungkin tak semua tapi mungkin sebahagiannya. Aku terlalu senang mempercayai seseorang dan sering kalah dengan perasaan sehingga kadang-kadang rahsia sendiri terlepas kepada yang tak sepatutnya.
Kisah ini biar menjadi tauladan kepada semua. Aku kesal dengan semua ini dan aku benci kepada diriku sendiri.
Aku dan suami pernah menghadapi masalah, waktu itu aku cuba meminta bantuan dari teman sekerjanya. Kami bersahabat untuk seketika dan aku mempercayainya. Aku sering bercerita mengenai masalahku dan suami kepadanya. Dia tempat aku mengadu hal dan selalu memberiku nasihat agar bersabar dengan perangai suamiku. Pada awalnya aku terlalu mempercayainya sehinggalah suatu hari aku terbaca sms suamiku dengan dia. Berbau cinta! Aku berhadapan dengan suamiku, kami bergaduh dan aku nyaris-nyaris ditalakkan! Hari itu duniaku gelap. Aku sangat marah waktu itu tapi aku berserah kepada yang maha kuasa. Aku berserah, aku pasrah. Aku kesal kerana aku tersilap memilih teman. Aku terluka dan aku mengaku bekasnya kadang-kadang masih berdarah.
Suatu hari pada awal tahun ini kami mendapat berita teman itu mendapat kanser ovari peringkat akhir. Pada waktu itu, aku tidak dapat menafsir perasaanku. Aku tak tahu apa perasaan itu.. Padaku, sekiranya itu takdir yang Allah suratkan untuknya, aku berdoa dia akan berjaya melaluinya!
Kini, setelah hampir tiga tahun, khabar yang lebih menyedihkan, temanku itu telah dimasukkan ke unit rawatan rapi. Aku telah melupakan apa yang telah berlaku antara kami. Yang lepas biarlah menjadi sejarah. Semoga Allah mencucuri rahmatNya.
Itu takdir yang Tuhan tulis untuknya... apa pula takdirku? Hanya yang Maha Kuasa mengetahuinya..